Monday, 2 July 2012

Akademi Etiqa



Pilihan tepat anda untuk menjadi ejen Etiqa Insurans dan Takaful kini menjadi peluang untuk anda
mengecapi pelbagai kemudahan dan perubahan pada masa hadapan. Daripada seminar dan acara khas
kepada rundingan peribadi, kami menyediakan anda dengan sumber-sumber dan bantuan yang anda
perlukan untuk menyumbang kepada masyarakat dan juga kepada diri anda sendiri.
Akademi Etiqa telah diwujudkan pada bulan Julai 2009 dengan bertujuan untuk:
Menubuhkan satu akademi profesional untuk menyokong perkembangan perniagaan Syarikat secara
berterusan
Memperkenalkan program-program yang lebih berstruktur dan berkualiti kepada ejen-ejen Etiqa
berdasarakan kategori dan tahap kemahiran mereka
Menyediakan pembangunan dan sokongan untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dalam menghadapi pasaran yang semakin mencabar
Menyediakan perkhidmatan tambah nilai melalui pembelajaran eletronik kepada ejen-ejen Etiqa
Meningkatkan tahap profesionalisme di antara ejen-ejen Etiqa melalui latihan-latihan yang memenuhi
kehendak industri. .

Akademi ini terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Akademi Etiqa, No. 23,
Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Ejen-ejen boleh menghadiri program-program yang
dianjurkan akademi dengan menaiki pengangkutan awam seperti LRT PUTRA dan STAR.
Barisan profesional yang berkelayakan dan berdedikasi akan memastikan agar ejen-ejen menerima latihan berstruktur mulai hari pertama mereka menyertai Etiqa.
Antara kemudahan yang disediakan oleh Akademi Etiqa termasuklah dewan serbaguna,
dewan syarahan, pusat sumber, makmal komputer dan juga bilik-bilik diskusi.
Akademi ini terbahagi mengikut 'Solution Center' Organisational Concept
Sales Quality & Efficiency Learning
Sales Management Learning
Wealth Management Learning
Customers Experience Learning
Affiliation & Alternative Learning


Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Etiqa, sila hubungi:
En Mohd Dzulkifli Abdul Hamid
Telefon: 03-2612 5140
Email: academy@etiqa.com.my
Akademi Etiqa
Tingkat 12A
Akademi Etiqa
No. 23 Jalan Melaka
50100 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment